Penyakit Ruang/Rongga Paru-paru

Penyakit

Title: Penyakit Ruang/Rongga Paru-paru
Date: 
29 Mar 2017

Pengenalan

Penyakit ruang/rongga pleura melibatkan membran nipis yang dipanggil pleura yang melapisi paru-paru luar dan lapisan bahagian dalam dinding paru-paru. Antara lapisan tisu adalah ruang yang sangat nipis dipanggil ruang/rongga pleura. Biasanya ruang ini dipenuhi dengan sedikit cecair kira-kira 4 sudu teh penuh. Cecair ini membantu kedua-dua lapisan pleura bergerak dengan lancar antara satu sama lain semasa anda menarik dan menghembus nafas.

Pleura boleh menjadi terangsang, radang (radang selaput paru-paru) dan dijangkiti. Cecair tambahan (lelehan pleura), udara (pneumothorax), atau darah (hemothorax) boleh berkumpul di dalam rongga selaput paru-paru dan mengakibatkan sebahagian daripada pengempisan paru-paru.

 

Penyebab Dan Gejala Penyakit Ruang/Rongga Paru-Paru

1. “Pneumothorax”

Udara atau angin boleh terbentuk di dalam ruang pleura/rongga paru-paru. Apabila ini berlaku, ia dipanggil pneumothorax. Penyakit paru-paru atau kecederaan paru-paru akut boleh menyebabkan pneumothorax.

 

Penyebab Pneumothorax

Beberapa prosedur paru-paru juga boleh menyebabkan pneumothorax. Contohnya seperti pembedahan paru-paru, prosedur mengeluarkan  cecair paru-paru dengan menggunakan  jarum, prosedur bronkoskopi dan bantuan mesin pernafasan (mechanical ventilation).

Kadang-kadang, punca pneumothorax tidak diketahui. Ini dipanggil pneumothorax spontan. Merokok meningkatkan risiko pneumothorax spontan. Sejarah keluarga juga meningkatkan risiko.

Penyakit paru-paru yang boleh menyebabkan pneumothorax adalah penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), tuberculosis (batuk kering) dan lymphangioleiomyomatosis (LAM).

 

Gejala pneumothorax termasuk:

·         Sakit dada menusuk secara tiba-tiba yang menjadi lebih teruk apabila anda bernafas dalam-dalam atau batuk

·         Sesak nafas

·         Sesak dada

·         Mudah letih

·         Kadar jantung yang cepat

·         Kebiruan pada kulit (yang disebabkan oleh kekurangan oksigen)

Gejala-gejala lain pneumothorax termasuklah perasaan kebimbangan, tekanan, ketegangan dan hypotension. (tekanan darah rendah).

 

2. “Pleural Efusi”

Dalam beberapa kes-kes radang selaput paru-paru, cecair berlebihan terbina dalam ruang/rongga pleura. Ini dipanggil pengaliran cairan pleural atau pleural efusi. Banyak cecair di dalam rongga paru-paru boleh menguncupkan paru-paru. Ini boleh membuat  sukar bagi anda untuk bernafas.

Kadang-kadang cecair tambahan dijangkiti dan bertukar menjadi bernanah.  Apabila ini berlaku, ia dipanggil “empyema” .

 

Punca Pleural Efusi

  • Ini termasuk jangkitan dada atau radang paru-paru, tuberculosis (batuk kering), kanser paru-paru dan lymphangioleiomyomatosis (LAM).
  • Kegagalan jantung, buah pinggang dan kegagalan hati adalah juga sebab-sebab yang diketahui.
  • Asbestosis dan tindak balas kepada beberapa ubat-ubatan juga boleh menyebabkan pleural efusi.

Gejala Pleural Efusi

Penyakit ini boleh menyebabkan sesak nafas atau ketidakselesaan dada.

 

3. “Haemothorax”

Darah juga boleh terkumpul di dalam ruang/rongga pleura. Keadaan ini dipanggil “haemothorax”.

 

Punca haemothorax

Kecederaan ke bahagian dada, pembedahan dada atau jantung, kanser pleura.

 

Gejala haemothorax

Gejala haemothorax adalah sama dengan orang-orang yang mendapat pneumothorax. Ini  termasuklah:

·         Sakit dada

·         Sesak nafas

·         Kegagalan pernafasan

·         Kadar jantung yang cepat

·         Kebimbangan  dan rasa gelisah

 

4. Radang selaput paru-paru (“Pleurisy”)

“Pleurisy” adalah apabila selaput paru-paru berada di dalam keadaan radangan.

 

Punca radang selaput dada

Banyak keadaan boleh menyebabkan radang selaput paru-paru. Jangkitan virus punca yang paling biasa. Sebab-sebab lain termasuk:

·         Jangkitan bakteria seperti radang paru-paru dan tuberculosis (batuk kering) dan jangkitan daripada kulat atau parasit

·         Embolisme Pulmonari (salur darah pada paru-paru tersumbat secara tiba-tiba, biasanya disebabkan oleh darah beku)

·         Penyakit autoimun, seperti lupus dan artritis reumatoid

·         Kanser seperti kanser paru-paru, limfoma dan mesothelioma

·         Pembedahan dada dan jantung terutamanya pembedahan pintasan jantung koronari.

·         Penyakit paru-paru, seperti lymphangioleiomyomatosis (LAM) atau asbestosis

·         Penyakit Radang Usus

·         Demam Familial Mediterranean (satu keadaan yang diwarisi yang sering menyebabkan demam dan bengkak di bahagian abdomen atau paru-paru)

 

Sebab-sebab lain termasuk kecederaan selaput paru-paru, pankreatitis (radang pankreas), dan tindak balas kepada beberapa ubat-ubatan.

Kadang-kadang punca radang selaput paru-paru tidak diketahui.

 

Gejala radang selaput dada

Gejala utama adalah rasa tajam atau menikam sakit dada. Kesakitan menjadi lebih teruk apabila anda menarik nafas secara mendalam, batuk atau bersin.

Kesakitan boleh berada di satu tempat atau merebak ke bahu atau belakang. Kadang-kadang sakit tidak hilang langsung.

Bergantung kepada punca radang selaput dada, anda mungkin mempunyai tanda-tanda lain seperti:

·         Sesak nafas atau pernafasan cetek

·         Batuk

·         Demam dan menggigil

·         Penurunan berat badan yang tidak diketahui puncanya

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik yang berikut:

Rawatan

Pencegahan