Melioidosis

Penyakit

Title: Melioidosis
Date: 
29 Mar 2017

 

Apa itu Melioidosis?

Melioidosis, dikenal sebagai penyakit Whitmore (selepas dikenalpasti pertama kali oleh Kaptain Alfred Whitmore) ataupun penyakit pekebun Nightcliff (Nightcliff – kawasan endemik Melioidosis terletak di Australia) yang boleh menjangkit manusia atau haiwan.

Penyakit ini dominan di negara yang berilklim tropikal dan tersebar luas di negara Asia Tenggara dan utara Australia dan hampir semua benua telah melaporkan kes-kes Melioidosis. Taburan penyakit ini (juga dikenali sebagai kawasan endemik) ditunjukkan seperti peta 1.

http://wwwnc.cdc.gov/travel/yellowbook/2012/chapter-3-infectious-diseases-related-to-travel/melioidosis#2549

Peta 1: Kawasan endemik jangkitan melioidosis

Agen Penyebab

Penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini adalah kuman Gram negatif (merah) bipolar yang berupa pin keselamatan (safety pin) seperti Gambar rajah 3 apabila dilihat dibawah mikroskop.

 

(Sumber: Unit Bakteriologi, Hospital Queen Elizabeth)

Gambar rajah 1

 

(Sumber: Unit Bakteriologi, Hospital Queen Elizabeth)

Gambar rajah 2

Gambar rajah 1 & 2 (atas): Rupa bentuk koloni yang tumbuh pada agar media di makmal digunakan untuk mengenalpasti Burkholderia pseudomallei.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.indianjmedsci.org/articles/2010/64/2/images/IndianJMedSci_2010_64_2_94_94407_f1.jpg&imgrefurl=http://www.indianjmedsci.org/article.asp?issn%3D0019-5359;year%3D2010;volume%3D64;issue%3D2;spage%3D94;epage%3D98;aulast%3DKuruvilla&h=516&w=574&sz=67&tbnid=m5I9pFhyMsbNgM:&tbnh=86&tbnw=96&zoom=1&usg=__SMNMn5ZTy-PHj6yaQV2z4LAxzXQ=&docid=07ok5pfLEb9wKM&sa=X&ei=f6bCUe6IEoeKrgf3hIAw&ved=0CEEQ9QEwBA&dur=81

Gambar rajah 3: Bakteria menunjukan bentuk pin keselamatan dibawah mikroskop di makmal.

Resevoir

Bakteria ini boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Jangkitan kepada manusia adalah melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan air yang tercemar. (Gambar rajah 4 & 5).

 

https://www.google.com.my/search?q=stagnant+water&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=a1DCUdq-CI7yrQeSyoC4Ag&biw=1366&bih=543&sei=tWPCUdP5J8aPrQfXyoDoAQ#facrc=_&imgdii=_&imgrc=k5M_BWwlzz0OjM%3A%3B4Mv-feQndkyN3M%3Bhttp%253A%252F%252Fcruciansinfocus.com%252Fwp-content%252Fuploads%252F2010%252F07%252Fmosquito_one_sized.jpg%3Bhttp%253A%252F%252Fcruciansinfocus.com%252F2010%252F07%252F27%252Fnote-to-stx-administrator-dodson-james-stagnant-water-is-breeding-ground-for-dengue-mosquito%252F%3B496%3B372

Gambar rajah 4: Takungan air- habitat yang dapat menampung pertumbuhan bakteria.

 

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bd/Rice_Field.jpg/220px-Rice_Field.jpg&imgrefurl=https://en.wikipedia.org/wiki/Paddy_field&h=195&w=220&sz=18&tbnid=PuCFVhYtqOMEeM:&tbnh=90&tbnw=102&zoom=1&usg=__DX4u5VImiqfpmIbZq6g1_651hHk=&docid=P9p02NtXlN8FiM&sa=X&ei=tHvCUbukLYmHrgeEy4HYBg&ved=0CDoQ9QEwAg&dur=762#imgdii=PuCFVhYtqOMEeM%3A%3BeI-ghOKFVwVsiM%3BPuCFVhYtqOMEeM%3A

Gambar rajah 5: Pesawah terdedah kepada risiko jangkitan melioidosis.

Tanda dan gejala

Terdapat beberapa jenis tanda dan gejala melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:

  • Jangkitan setempat (Localizes infection) : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.
  • Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection) : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, anorexia
  • Jangkitan darah (Bloodstream infection) : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.
  • Jangkitan disebarkan (Disseminated infection) : susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.

Walau bagaimanapun, pelbagai tanda dan gejala boleh dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain seperti batuk kering, pericarditis dan lain-lain jangkitan kronik atau akut.

Masa antara pendedahan kepada bakteria dan kemunculan gejala-gejala tidak ditakrifkan dengan jelas, umumnya gejala muncul 2 hingga 4 minggu selepas pendedahan.

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini