Kesakitan Semasa Menelan

Penyakit

Title: Kesakitan Semasa Menelan
Date: 
29 Mar 2017

 

Pengenalan

Kesakitan semasa menelan. Ia mungkin dirasai di bahagian atas leher atau di bahagian bawah leher, di belakang tulang dada.

Nama alternatif :

  • Odynophagia
  • Rasa membakar semasa menelan

Tanda dan Gejala

Penelanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan mulut, tekak dan esophagus (saluran yang untuk mengangkut makanan ke dalam perut).

Masalah pada mana-mana tempat, dari mulut ke esophagus akan menyebabkan sakit yang kuat atau seperti membakar ketika menelan.

Sebab-sebab utama :

  • Jangkitan
    • Jangkitan pada gigi
    • Jangkitan pada gusi
    • Pharyngitis ( Virus / Bacteria )
    • Tonsilitis / Peritonsillar abscess
    • Thrush ( jangkitan kulat yang disebabkan candidia)
    • Herpes simplex , cytomegalovirus or jangkitan Human immunodeficiency virus
  • Ulser – berpunca daripada jangkitan, pemakanan sesuatu ubatan atau bahan kimia.
  • Esophagitis (keradangan pada esophagus, bisanya reflaks gastro-esophageal – makanan naik semula keatas) .
  • Benda asing (tulang ikan atau ayam)
  • Tumor

Jangkitan pada dewasa biasanya berbagai faktor, merokok dan meminuk arak adalah faktor yang menjurus ke arah jangkitan berulang dan ulser

 


 

Gambar menunjukkan ‘Peritonsillar abscess’ dan

 


 

‘Acute tonsillitis’

 


 

Tanda dan Gejala

  • Kebanyakan pesakit biasanya mengadu masalah-masalah sampingan yang biasa seperti selesema, batuk dan demam
  • Nafas berbau .
  • Tidak boleh menelan, air liur meleleh
  • Kesukaran membuka mulut
  • Tekanan atau sakit di dalam dada

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Komplikasi

Rawatan

Pencegahan