Kehilangan Deria Bau

Penyakit

Title: Kehilangan Deria Bau
Date: 
29 Mar 2017

 

Pengenalan

Kehilangan deria bau berlaku apabila terdapat masalah di dalam rongga hidung, struktur hidung, saraf olfaktori (deria bau) ataupun masalah pada otak. Kebanyakan daripada kita pernah mengalami kehilangan deria bau terutamanya apabila kita demam, selsema dan tersumbat hidung. Di dalam kebanyakan kes sebegini, masalah deria bau bersifat sementara. Mereka yang mengalami gangguan deria bau akan mengalami gangguan deria rasa juga.

Pakar sains menemui bahawa deria bau adalah paling sensitif dan tepat pada umur 30 – 60 tahun. Selepas umur 60 tahun, rangsangan deria bau akan berkurang. Manakala wanita setiap lapisan umur mempunyai deria bau yang lebih peka berbanding lelaki.

Saraf bau (olfaktori) terletak di dalam hidung. Ianya terletak di bahagian bumbung (roof) rongga hidung.

Sumber: http://www.brainfacts.org/sensing-thinking-behaving/senses-and-perception/ articles/ 2012/ taste-and- smell/

Bagaimana kita dapat menghidu bau?

3 elemen adalah perlu bagi memastikan kita dapat menghidu bau dengan sempurna.

  1. Zarah bau / aroma – partikel zarah bau ini dibebaskan daripada sesuatu bahan (contohnya aroma minyak wangi, kopi, bunga). Ianya akan masuk melalui hidung bersama udara semasa kita menarik nafas.
  2. Saraf olfaktori – partikel zarah akan merangsang saraf olfaktori yang terdapat di kedua-dua belah hidung.  Saraf ini terletak di bumbung rongga hidung dan diselaputi oleh mukosa nipis. Saraf olfaktori ini akan membawa isyarat elektrik (impul) ke otak.
  3. Otak – akan mentafsir dan menterjemahkan isyarat elektrik tersebut kepada sesuatu bau yang dikenali.

(Sila klik di sini untuk video animasi yang disediakan bagi memahami lebih mendalam)

Terdapat beberapa takrifan kehilangan deria bau seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1. Takrifan kehilangan deria bau
Anosmia Hilang keseluruhan deria bau
Hyposmia Hilang separa deria bau
Hyperosmia Terlebih rangsang deria bau
Phantosmia Perasaan ada bau di dalam keadaan sebenar tiada bau
Parosmia Kesilapan mentakrif bau yang dihidu

*Dalam artikel ini, takrifan anosmia dan hyposmia yang akan banyak dibincangkan

Apakah punca-punca hilang deria bau?

Diantara punca-punca yang biasa dikenalpasti ialah kecederaan kepala, jangkitan kuman virus dan rongga hidung yang tersumbat.

  1. Penyakit Kronik
    1. Alahan hidung (Allergic Rhinitis)
    2. Polip (pertumbuhan tisu membran mukus yang tidak normal di dalam hidung)
      – Polip boleh menyebabkan rongga hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah bau yang dihidu sampai ke deria bau.
  2. Jangkitan kuman
    1. Radang sinus / Resdung
      Jangkitan sinus boleh menyebabkan pembengkakan pada mukosa yang menyeliputi saraf olfaktori. Ini akan menghalang aroma/partikel zarah bau daripada sampai ke deria saraf. Namun begitu, kehilangan deria bau ini bersifat sementara apabila mendapat rawatan yang betul.
    2. Otak bernanah (“brain abscess”)
      Nanah di otak atau jangkitan kuman boleh menyebabkan tisu otak rosak. Hilang deria bau boleh bersifat kekal jika tisu yang rosak itu adalah sel otak untuk mentafsir isyarat bau.
  3. Kecederaan
    1. Patah tulang di bumbung rongga hidung (“cribriform plate”)
      Patah di tulang ini boleh menyebabkan saraf terputus. Anosmia akan bersifat kekal. Namun begitu jika kepatahan menyebabkan mukosa sahaja membengkak, anosmia atau hyposmia akan bersifat sementara.
    2. Patah dan bengkok tulang hidung
      Menyebabkan hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah daripada sampai ke deria bau.
    3. Otak – boleh bersifat kekal atau sementara
  4. Ketumbuhan
    1. Barah Hidung
      Barah seperti sinonasal carcinoma, chondrosarcoma boleh menyebabkan kerosakan pada saraf ataupun menghalang zarah bau/aroma tiba pada reseptor bau
    2. Barah Otak
      Meningioma, olfactory neuroblastoma, barah “frontal lobe” (tanda-tanda awal seperti pelupa dan boleh menyebabkan sawan dan tidak boleh bercakap pada peringkat lewat)
  5. Lain – lain
    1. Masalah Perubatan/endokrin
      1. Hypothyroid (kurang hormon tiroid)
      2. Diabetes
    2. Ubat / bahan toksik – phenol, chromium, kokain, racun serangga
    3. Proses penuaan – Alzheimer (nyanyuk), Parkinson
    4. Kongenital (diwarisi sejak dalam kandungan ibu)- Kallmann syn. (hypogonadism)

Sumber: http://3.bp.blogspot.com/_kaQ5P19FVgk/ TUH0_UoMT8I/ AAAAAAAAHes/ QPIcey3NXww/s1600/Olfactory_Nerve.JPG

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Bolehkah Penyakit saya dirawat?

Adakah kehilangan deria bau dapat dicegah?

Adakah ia memudaratkan?