Kecederaan Otak Traumatik

Penyakit

Title: Kecederaan Otak Traumatik
Date: 
29 Mar 2017

Pengenalan 

Kecederaan otak traumatik (KOT) adalah kecederaan yang kompleks dengan gejala dan kekurangan upaya yang pelbagai. KOT adalah satu bentuk kecederaan otak yang disebabkan oleh kerosakan otak secara tiba-tiba. Bergantung kepada sumber trauma, KOT boleh menjadi kecederaan kepala sama ada kecederaan secara terbuka atau tertutup.

Jenis-jenis kecederaan otak traumatik

Terdapat dua jenis kecederaan otak traumatik.

  • Kecederaan Kepala Terbuka : Ia juga dipanggil “kecederaan tertusuk”, di mana kecederaan ini berlaku apabila sesuatu objek (contohnya, peluru atau benda tajam) tertusuk ke dalam otak dan menyebabkan kerosakan pada bahagian otak tertentu. Simptom yang ditunjukkan adalah berbeza-beza bergantung kepada bahagian otak yang rosak.
  • Kecederaan Kepala Tertutup: Kecederaan ini disebabkan oleh satu hentakan kepada kepala (contohnya, apabila kepala terhentak pada cermin kereta atau dashboard semasa kemalangan kereta). Akibatnya, masalah seperti keretakan tengkorak kepala, pendarahan dan darah beku dalam otak boleh berlaku.

Tanpa mengira punca trauma, KOT juga menyebabkan dua jenis kerosakan kepada otak :

  • Kerosakan otak peringkat awal, yang mana kerosakan yang berlaku memberi kesan serta-merta (contohnya, keretakan tengkorak, pendarahan, darah beku);
  • Kerosakan otak peringkat kedua, yang merupakan kerosakan otak yang berterusan dari semasa ke semasa selepas trauma (contohnya, tekanan darah meningkat dalam tengkorak , sawan  dan bengkak pada otak).

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini