Kanser Kepala & Leher

Penyakit

Title: Kanser Kepala & Leher
Date: 
30 Mar 2017

 

Pengenalan

Penyakit kanser adalah satu ketumbuhan yang tidak normal pada badan manusia. Bergantung kepada jenisnya, ada yang merebak secara agresif dan ada yang membesar secara perlahan. Kebanyakan penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti luka yang tidak sembuh, bengkak pada bahagian tertentu anggota badan, pendarahan yang sukar berhenti, dan perubahan pada suara atau pendengaran. Jika anda ke Hospital, sedikit tisu akan diambil untuk dibuat pemeriksaan sebelum disahkan jenis kanser yang dihidapi dan rawatan yang disyorkan.

Kanser Kepala dan Leher melibatkan kawasan bibir, mulut, lelangit, hidung, farinks, larinks dan telinga. Ia juga melibatkan kawasan kelenjar air liur utama Parotid dan Submandibular. Kanser ini merbahaya kerana ia boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan atau pemakanan. Ia boleh merebak ke kawasan persekitarannya atau ke organ lain seperti hati, paru-paru atau tulang. Kaedah rawatan terkini adalah secara pembedahan, rawatan radiotherapi, kimotherapi atau gabungan rawatan tersebut.

 

Kanser Mulut

 
GR.1: Kanser lidah   GR.2: Kanser bibir

 

GR.3: Kanser lantai mulut

Pesakit yang mengalami kanser jenis ini selalunya mengalami sakit mulut yang teruk, luka yang tidak sembuh, kurang selera makan dan susut tubuh badan. Kadang -kadang terdapat pembengkakan limpa di leher, susah menelan dan bau busuk dari mulut.

 

Kanser Hidung 

 
GR.4: Kanser dibahagian luar hidung   GR.5: Kanser dari sinus yang merebak ke lelangit

 

GR.6: Pandangan endoskopik (pemeriksaan rongga hidung mengunakan peneropong berkemera) Kanser dalam rongga hidung

Kanser hidung terbahagi kepada tiga iaitu bahagian luar, sinus dan pangkal hidung (Nasofarink). Gejala ketiga-tiga barah ini adalah berbeza. Kanser dibahagian luar hidung boleh dilihat sebagai luka yang tidak sembuh atau tahi lalat yang membesar dengan cepat.

Kanser sinus sukar dikesan awal sehingga pesakit mengadu mengalami bau busuk, keluar cecair bercampur darah dari hidung dan hidung tersumbat. Kadang-kadang pesakit mengadu bengkak di pipi, penglihatan kabur, gigi longgar dan bengkak pada lelangit.

Kanser pangkal hidung(Nasopharink) pula biasanya dialami oleh kaum cina. Selain daripada hidung berdarah atau tersumbat, pesakit juga mengalami penglihatan kabur, telinga bernanah atau kurang pendengaran dan kelenjar di leher bengkak.

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Kanser Telinga

Kanser Tekak (Larinks)

Kanser Farink

Kanser Kelenjar Air Liur

Punca Kanser Kepala dan Leher

Tanda-tanda Kanser Kepala dan Leher

Apa yang saya perlu lakukan jika mendapat tanda-tanda di atas?