HIV/AIDS di kalangan Kanak-kanak

Penyakit

Title: HIV/AIDS di kalangan Kanak-kanak
Date: 
29 Mar 2017

Apa itu HIV?

HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/┬Ál.

Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan, lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan sentiasa membawa virus dan dapat memindahkan virus tersebut sepanjang hayat mereka. HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks, berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah atau daripada ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung (sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu).

Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, atau pun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kali pada tahun 1986 sehingga tahun 2010, sejumlah 91,362 kes jangkitan HIV berlaku dan 16,352 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Apakah gejala dan tanda?

Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan sistem imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti:

  • Pembengkakkan pada nodus limfa, hati atau limpa.
  • Ruam pada kulit.
  • Serawan Mulut (tompok-tompok putih dalam mulut iaitu jangkitan kulat).
  • Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.
  • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit.
  • Pertumbuhan terbantut.

Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

 

Apakah komplikasinya?

Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?

Adakah ia dapat dicegah?

Adakah terdapat kumpulan sokongan ?