Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Projek Penggunaan Ubat Secara Berkualiti - Pengguna atau Quality Use of Medicine – Consumer (QUMC) merupakan satu projek kebangsaan di bawah Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. QUMC dijalankan untuk menyokong komponen keempat Dasar Ubat Nasional (DUNas) iaitu penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Objektif utama projek ini adalah untuk memastikan ubat-ubatan digunakan secara bijak, sesuai, selamat dan kos efektif ke arah menggalakkan hasil kesihatan (health outcomes) yang lebih baik. Antara strategi untuk mencapai objektif ini adalah melalui pendidikan, latihan dan penyediaan maklumat ubat-ubatan yang betul dan tepat pada masanya. Penggunaan Ubat Secara Berkualiti merupakan tanggungjawab ahli profesional kesihatan (healthcare provider) dan juga pengguna. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam memastikan ubat-ubatan digunakan dengan cara terbaik bagi meningkatkan tahap kesihatan.

 

Objektif

Objektif program ini adalah untuk:

  • meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan ubat secara berkualiti
  • menyediakan  maklumat yang berkaitan dengan isu kesihatan dan ubat kepada pengguna
  • menyediakan program pendidikan dan latihan bagi meningkatkan pengetahuan pengguna berkenaan penggunaan ubat secara berkualiti

 
Aktiviti

Program Kenali Ubat Anda yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

  • Bengkel training of trainers Duta Kenali Ubat Anda.
  • Pameran dan ceramah  Kenali Ubat Anda
  • Wawancara radio dan televisyen
  • Promosi berterusan melalui media massa
  • Lawatan ke rumah pesakit (Duta Prihatin Masyarakat)
  • Tinjauan dan kajian mengenai  persepsi dan pengetahuan pengguna berkaitan ubat

Sekiranya anda ingin menjalankan program di kawasan anda, hubungi Pegawai Perhubungan Negeri yang berkenaan.

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman
Â