Skip to main content


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

9 August 2020

Menurut Akta Makanan 1983, makanan adalah sebarang bahan yang dikilangkan, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman. Apabila sesuatu produk tersebut dikelaskan sebagai makanan, maka ia tidak boleh membuat sebarang tuntutan atau akuan perubatan termasuklah pencegahan, rawatan atau penyembuhan sesuatu penyakit atau keadaan fisiologi yang lain.

 

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Racun 1952, Akta  Jualan Dadah 1952 dan peraturannya dan serta Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Manakala produk yang dikelaskan sebagai makanan pula adalah di bawah bidang kuasa Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan yang menguatkuasakan Akta Makanan 1983.

 

Terdapat banyak produk bukan ubat dalam pasaran yang membuat tuntutan kesihatan terhadap penggunaan produk tersebut. Ini termasuklah membuat tuntutan mencegah atau merawat penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Terdapat juga iklan bagi produk untuk tujuan rawatan dan pencegahan kanser, asma, angin pasang (hernia), lumpuh, ketagihan dadah, penyakit mata, mandul, pengguguran janin dan peningkatan seksual manusia. Penyakit-penyakit yang dinyatakan ini adalah antara 20 penyakit yang dilarang diiklankan kepada orang awam. Oleh yang demikian, sekiranya pengguna menjumpai iklan sebegitu terutamanya dalam Internet, iklan berkenaan adalah iklan yang tidak mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Daripada aspek pengiklanan, iklan produk farmaseutikal perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu sebelum boleh disiarkan kepada orang awam. Produk makanan tidak perlu melalui proses kelulusan iklan. Walau bagaimanapun, iklan produk makanan tidak boleh membuat akuan tentang kegunaan dalam pencegahan, pengurangan, perawatan atau penyembuhan penyakit, gangguan atau keadaan fisiologi badan. Produk makanan hanya dibenarkan membuat akuan fungsi nutrien seperti kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat dan bukannya produk tersebut boleh mencegah osteoporosis. Akuan pencegahan osteoporosis adalah tidak dibenarkan.

 

Produk dikelaskan sebagai ubat atau produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM. Produk ini perlu menjalani penilaian oleh PBKD, KKM untuk memastikan agar ia selamat dan berkualiti untuk digunakan. Setelah didaftarkan, sesuatu produk akan diberikan dengan nombor pendaftaran yang dimulai dengan MAL dan diikuti oleh lapan digit dan diakhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu:

– ubat terkawal (eg: antibiotik, darah tinggi)

– ubat am/OTC (eg: paracetamol, aspirin)

T – ubat tradisional (eg: Jamu, minyak urut, minyak gamat)

– ubat supplemen kesihatan (eg: minyak ikan kod, multivitamin, glucosamine)

 

Produk farmaseutikal berdaftar yang diiklankan pula perlu mendapatkan kelulusan iklan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini bagi memastikan agar fakta atau tuntutan perubatan yang digunakan dalam iklan tersebut diakui sahih, benar dan bukannya direka-reka demi melariskan sesuatu ubat. Iklan yang telah mempunyai kelulusan LIU akan diberikan dengan nombor KKLIU dan seharusnya dipaparkan pada iklan yang disiarkan (contoh: KKLIU 1234/2019).

 

Produk makanan tidak boleh mengandungi bahan yang tersenarai dalam senarai negatif untuk produk makanan. Contohnya, gamat, mutiara, glucosamine, resveratrol, yis beras merah dan glutathione. Sekiranya produk makanan tersebut mengandungi bahan yang terdapat dalam senarai negatif, produk tersebut perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Penjualan produk tidak berdaftar merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan individu tersebut boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Berikut adalah langkah bijak yang seharusnya diambil oleh orang awam apabila melihat iklan ubat melalui pelbagai platform:

 

  1. Semak status pendaftaran produk (MAL) di portal https://www.npra.gov.my atau muat turun aplikasi NPRA Product Status dari Google Play.
  2. Sekiranya terdapat nombor MAL, bagi iklan yang mempunyai tuntutan perubatan, pastikan iklan tersebut mempunyai nombor KKLIU.
  3. Semak kelulusan iklan  di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan.
  4. Jangan mudah percaya tuntutan perubatan yang dibuat sekiranya tiada nombor KKLIU kerana tidak disahkan oleh Lembaga Iklan Ubat.
  5. Sekiranya tiada nombor MAL, disyaki produk tersebut tidak berdaftar atau diklasifikasikan sebagai makanan. (Produk makanan dilarang membuat akuan perubatan terhadap penggunaan produk tersebut).
  6. Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, orang awam boleh merujuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di talian 03-78413200 atau menghubungi Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan di talian 03-88833558.

 

Dapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan dan ubat-ubatan daripada pegawai perubatan atau ahli farmasi. Elakkan membeli ubat di pasar, kaki lima, kiosk dan laman web atau media sosial. Pastikan ubat atau produk farmaseutikal berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL berserta label keselamatan hologram dan iklannya diluluskan oleh LIU. Sempena dengan Kempen Waspada Pembelian Ubat Online #biarbetuliklanni! orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada apabila membeli ubat dalam talian dan sentiasa membuat semakan terdahulu sebelum klik untuk sebarang pembelian. Untuk mendapatkan panduan, tips, info, video yang berkaitan dengan risiko pembelian ubat dalam talian, orang awam dinasihatkan untuk melayari laman https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online.   

 

Aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan. Pertanyaan juga boleh dibuat di talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

 

 

 

Disediakan oleh:                                                                                                            

Normawati Binti Mohamed Noor                                                            

Ketua Penolong Pengarah Kanan UF54         

Cawangan Kawalan Iklan                                                                            

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi                        

 

 

 

JOIN US

QUESTION ON MEDICINES

MEDICINES & HEALTH ISSUES

OUR PROGRAMMES 

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Download Instagram video Instagram Downloader

Disclaimer : Pharmaceutical Services Programme, Ministry of Health Malaysia shall not
be liable for any loss or damage resulting from the use of information in this portal.

Copyright © 2008 - 2019 Know Your Medicine. All Rights Reserved


Administrative Login - Sitemap