Skip to main content


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

27 January 2019

Produk herba telah digunakan sejak turun-temurun oleh segolongan masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kini, ia bukan sahaja didapati dijual di tepi jalan dan kaki lima, bahkan dijual melalui pelbagai saluran media lain seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram.  

Produk herba diklasifikasi dalam kategori produk tradisional dan ia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dijual dalam pasaran. Produk tradisional tidak boleh dicampurkan dengan sebarang ubat terkawal.  

Produk tradisional yang berdaftar dengan KKM mempunyai dua ciri utama, iaitu label keselamatan pelekat Hologram Meditag dan nombor pendaftaran. Nombor pendaftaran yang khusus ini bermula dengan huruf “MAL” diikuti dengan 8 digit nombor pendaftaran dan diakhiri dengan huruf “T” yang bermaksud tradisional. Contohnya MAL12345678T.  

Pastikan produk tradisional yang terdapat dalam pasaran berdaftar sebelum membelinya. Produk-produk yang tidak berdaftar dengan KKM tidak dapat dipastikan kandungan, kualiti dan keselamatannya.  Pengguna haruslah bijak memilih produk yang hendak dibeli. Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara melalui http://npra.moh.gov.my. Maklumat berkaitan status pendaftaran sesuatu produk ubat atau produk kesihatan boleh disemak dengan memasukkan nombor pendaftaran atau nama produk dalam laman tersebut. Produk yang tidak wujud dalam sistem tersebut dikhuatiri ketulenannya dan harus dielakkan. 

Namun, sehingga kini masih terdapat banyak lagi produk tradisional yang tidak berdaftar dan dijual secara meluas dalam pasaran tempatan. Permintaan yang tinggi daripada pengguna menyebabkan segelintir pengusaha produk berlumba-lumba untuk menghasilkan ubat tradisional dan memasarkan produk mereka tanpa didaftarkan terlebih dahulu dengan KKM. 

Terdapat segelintir pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab dan terlalu ghairah mengejar keuntungan telah mencampurkan bahan terlarang atau ubat terkawal ke dalam produk mereka. Perkara ini dilakukan demi melariskan produk mereka dengan meyakinkan pengguna tentang keberkesanan produk terbabit dalam jangka masa yang pendek.  

Masyarakat diingatkan bahawa pengambilan produk tradisional yang dicampur palsu dengan ubat terkawal boleh mengundang kemudaratan kepada kesihatan. Dalam keadaan serius, ia berkemungkinan menyebabkan kematian. Ubat terkawal hanyalah boleh digunakan atas nasihat doktor yang mana kesan terapeutik dan kesan sampingan ubat berkenaan dipantau secara terus oleh doktor. 

Di samping itu, pengusaha ubat tidak berdaftar ini juga mengiklankan keberkesanan produk mereka secara melampau dan berlebihan. Iklan-iklan yang menarik ini telah mengaburi mata pengguna dan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap produk mereka dalam pasaran. Pesakit-pesakit kronik yang ingin kembali sihat dan golongan wanita yang inginkan kecantikan adalah kumpulan yang dijadikan sasaran. 
 
Pesakit-pesakit kronik seperti pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dinasihati untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah sebelum mengambil sebarang produk tradisional. Kesesuaian pengambilan sesuatu produk tradisional adalah berbeza antara individu bergantung kepada keadaan pesakit. Penggunaan sesetengah produk tradisional boleh membebankan fungsi buah pinggang dan hati apabila kedua-dua organ ini terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan pelbagai bahan aktif yang terkandung dalam produk tradisional.  
Selain itu, produk tradisional juga mungkin mengandungi bahan-bahan yang boleh meningkatkan risiko interaksi atau tindak balas dengan ubat-ubatan yang sedia diambil oleh pesakit. Interaksi antara produk tradisional dengan ubat-ubatan mungkin boleh mengganggu proses rawatan yang diberikan atau menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. 

Sekiranya orang awam mendapat maklumat berkaitan penjualan produk tradisional yang tidak berdaftar dalam pasaran, aduan boleh dibuat terus kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM, mana-mana pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri atau melalui Sistem Pengaduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (SisPAA KKM) secara dalam talian agar tindakan boleh diambil terhadap penjual yang tidak bertanggungjawab.   

Kesimpulannya, pilihan ada pada tangan pengguna. Untuk kesihatan yang optimum, kunci utamanya adalah amalan cara hidup sihat dengan sentiasa bersenam, cara pemakanan yang seimbang dan sentiasa berfikiran positif. 

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan pengunaan ubat-ubatan dan produk-produk kesihatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre –NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang). 

 

 

 

JOIN US

QUESTION ON MEDICINES

MEDICINES & HEALTH ISSUES

OUR PROGRAMMES 

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Download Instagram video Instagram Downloader

Disclaimer : Pharmaceutical Services Programme, Ministry of Health Malaysia shall not
be liable for any loss or damage resulting from the use of information in this portal.

Copyright © 2008 - 2019 Know Your Medicine. All Rights Reserved


Administrative Login - Sitemap