Skip to main content


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

13 January 2019

Kutu air atau lebih dikenali sebagai Athlete’s Foot merupakan sejenis jangkitan yang biasa berlaku pada bahagian kaki. Jangkitan ini juga dikenali sebagai Tinea Pedis menurut istilah perubatan. Biasanya kutu air menjangkiti ruang antara celah-celah jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti keseluruhan anggota kaki seperti tumit, sisi dan tapak kaki.   

Tidak seperti namanya, kutu air bukan disebabkan oleh kewujudan kutu pada kawasan kaki. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan kulat atau fungus yang membiak pada lapisan kulit di bahagian kaki. Walaupun jangkitan ini tidak menyebabkan kecacatan kekal, namun, kutu air boleh mengganggu kualiti hidup, lebih-lebih lagi kepada mereka yang amat mementingkan penampilan dan kebersihan diri.  

Kutu air boleh menjangkiti semua individu tanpa mengira usia, jantina dan bangsa. Jangkitan kutu air boleh kerap kali berulang sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak dipatuhi. Kutu air dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri umum. Antaranya termasuk kulit pada bahagian kaki terutamanya pada celah-celah jari kaki mula berkeruping dan bersisik. Sesetengah pesakit akan merasai kegatalan pada kawasan yang sama dan semakin dirasai apabila pesakit membuka kasut dan stoking. Terdapat juga pesakit yang mempunyai gejala seperti berlepuh, kulit kaki menggelupas dan merekah serta bau kaki yang tidak menyenangkan.  

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan masalah kutu air. Penyakit ini boleh berjangkit sama ada melalui sentuhan secara langsung dengan bahagian kulit yang dijangkiti atau sentuhan pada permukaan yang tercemar seperti tuala, kasut dan lantai tempat awam serta kawasan berisiko seperti kolam renang, tandas dan bilik mandi. 

Jangkitan kutu air adalah aktif dalam keadaan persekitaran yang panas dan lembap. Pemakaian kasut yang ketat, tanpa pengaliran udara yang baik dan peningkatan perpeluhan juga boleh menyebabkan berlaku jangkitan ini. 
Selain itu, jangkitan kulat ini juga boleh merebak sehingga ke bahagian anggota badan yang lain. Sebagai contoh, pesakit yang menggaru bahagian kaki yang dijangkiti kutu air mungkin mengalami jangkitan yang serupa pada bahagian tangan.  

Jangkitan yang pada mulanya bersifat akut boleh menjadi kronik sekiranya rawatan ditangguhkan. Keadaan menjadi lebih buruk sekiranya lepuh, lebam, keradangan dan luka berlaku di kawasan yang terlibat. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan bakteria sekunder yang mungkin memerlukan rawatan antibiotik.  
Pesakit dinasihatkan supaya merujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan diagnosis sebenar agar rawatan yang sesuai dapat diberikan. Ini kerana secara amnya simptomsimptom penyakit kutu air boleh disalah anggap sebagai pelbagai jenis penyakit kulit yang lain seperti ekzema dan psoriasis. 

Terdapat pelbagai jenis ubat dalam bentuk krim atau serbuk yang boleh digunakan dalam rawatan masalah kutu air ini. Penggunaan krim antifungal seperti miconazole, clotrimazole dan terbinafine dapat membunuh kulat penyebab jangkitan. Pesakit dinasihatkan untuk menyapu krim antifungal tersebut pada kawasan jangkitan dengan kekerapan dan jangka masa seperti diberikan oleh doktor atau ahli farmasi bergantung pada keadaan jangkitan.  

Walau bagaimanapun, aspek pencegahan juga perlu dititikberatkan. Kebersihan menjadi asas utama dalam pencegahan masalah kutu air. Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil: 

  • Pastikan kaki sentiasa bersih dan kering.  
  • Elakkan memakai kasut dan menyarungkan stoking semasa kaki masih lembap. Pakai kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Pakai kasut semasa berada di kawasan awam.  
  • Stoking perlulah ditukar dengan kerap. Pakai stoking yang diperbuat daripada kain kapas atau bahan yang mudah kering.  
  • Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti kasut, tuala, baju dan pengepit kuku dengan individu yang lain.
  • Sediakan beberapa pasang kasut untuk ditukar ganti. Ini bagi memastikan kasut kering sepenuhnya sebelum digunakan semula. 


Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang). 

 

 

 

JOIN US

QUESTION ON MEDICINES

MEDICINES & HEALTH ISSUES

OUR PROGRAMMES 

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Download Instagram video Instagram Downloader

Disclaimer : Pharmaceutical Services Programme, Ministry of Health Malaysia shall not
be liable for any loss or damage resulting from the use of information in this portal.

Copyright © 2008 - 2019 Know Your Medicine. All Rights Reserved


Administrative Login - Sitemap