Skip to main content


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

21 July 2019

Keghairahan pengguna khususnya wanita untuk kelihatan cerah dan berseri telah menjadi faktor utama lambakan produk pencerah kulit dalam pasaran. Produk pencerah kulit biasanya digunakan oleh pengguna untuk tujuan mencerahkan kulit yang kusam dan pudar.  

Produk pencerah kulit dikategorikan di bawah produk kosmetik. Produk kosmetik adalah produk yang digunakan pada bahagian luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut dan berfungsi untuk membersih, mewangi, memperbaiki, mengubah penampilan atau mencantikkan, menghilangkan bau badan atau memelihara dan menjaga dalam keadaan yang baik. 

Semua produk kosmetik yang dipasarkan di Malaysia perlu bernotifikasi dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum produk itu boleh diimport, dikilang, diedarkan atau dijual di Malaysia.  

Keinginan untuk tampil cantik telah memberi dorongan kepada ramai wanita menjadi tertarik dengan produk kecantikan atau kosmetik yang menjanjikan kesan segera. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sesetengah jenis produk pencerah kulit yang boleh mendatangkan masalah terutamanya produk yang membabitkan campur palsu racun berjadual seperti hydroquinone dan tretinoin. Bagaimanapun, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin hanya boleh digunakan atas nasihat dan pemantauan ahli profesional kesihatan.
  
Pengguna mungkin berasa sangat berpuas hati pada peringkat awal penggunaan produk pencerah kulit yang dicampur palsu dengan hydroquinone kerana kulit menjadi cantik berseri. Hakikatnya, hydroquinone bertindak sebagai agen pemutih yang boleh merencatkan penghasilan melanin dalam proses pigmentasi.  Keadaan ini boleh mengurangkan perlindungan kulit daripada sinar UV berbahaya dan seterusnya meningkatkan risiko untuk mendapat kanser kulit. Ia juga boleh menyebabkan masalah seperti pengelupasan dan kemerahan pada kulit.
  
Selain itu, merkuri atau raksa (sejenis logam berat) juga merupakan bahan yang sering dicampur palsu dalam produk kosmetik untuk tujuan mencerahkan kulit atau bertindak sebagai antipenuaan. Namun, merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan meningkatkan risiko kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil.  

Sejak kebelakangan ini, penggunaan suntikan vitamin C telah menjadi trend dalam kalangan pengguna kerana dipercayai berkesan dalam pencerahan kulit. Pengguna perlu diingatkan bahawa produk suntikan tidak boleh dikelaskan sebagai produk kosmetik kerana cara penggunaannya tidak menepati takrifan yang telah ditentukan dalam peraturan. Sehingga kini, tidak ada produk suntikan vitamin C yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk indikasi pencerahan kulit.  

Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik adalah di bawah kawalan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Pihak NPRA akan membatalkan notifikasi sesuatu produk kosmetik sekiranya didapati mengandungi bahan terlarang atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.  
 
Kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Kesihatan pada 7 Disember 2018 menunjukkan bahawa dari Januari hingga November 2018, sebanyak 142,777 item produk kosmetik tidak bernotifikasi termasuk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang telah dirampas. Nilai rampasan adalah sebanyak RM 3.4 juta.  

Premis yang didapati terlibat menjual produk kosmetik berkenaan akan disiasat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau keduaduanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. 

Kesedaran memilih produk kosmetik yang bernotifikasi dengan KKM adalah sangat penting dalam kalangan masyarakat. Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan serta testimoni yang disiarkan melalui media cetak dan media elektronik yang membuat tuntutan tidak munasabah. Pastikan faktor keselamatan diutamakan berbanding kesan terhadap kecantikan.  

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/ sebelum membelinya.  

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

 

 

 

JOIN US

QUESTION ON MEDICINES

MEDICINES & HEALTH ISSUES

OUR PROGRAMMES 

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Download Instagram video Instagram Downloader

Disclaimer : Pharmaceutical Services Programme, Ministry of Health Malaysia shall not
be liable for any loss or damage resulting from the use of information in this portal.

Copyright © 2008 - 2019 Know Your Medicine. All Rights Reserved


Administrative Login - Sitemap