Apakah itu stasis eczema?
Stasis eczema sering terjadi di bahagian kaki. Ia boleh melibatkan sebelah, atau kedua-dua belah kaki. Kebiasaannya pesakit menghadapi masalah peredaran darah, dan salah satu sebab utama di mana injap di dalam salur darah di bahagian kaki tidak berfungsi dengan sempurna. Ini menyebabkan darah tidak dapat kembali ke jantung dengan baik, dan menyebabkan eczema terjadi.
Apakah tanda-tanda penyakit stasis eczema?
Stasis eczema sering terjadi di bahagian kaki. Pesakit akan menghadapi gejala-gejala seperti dibawah, bergantung kepada tahap penyakit.
Simptom-simptom awal:
- Sakit kaki jika berdiri atau berjalan terlalu lama
- Bengkak di bahagian buku lali
- Bengkak di kaki hilang semasa tidur, tetapi kembali di siang hari
- Varicose veins (salur darah di bahagian kaki bengkak dan kelihatan di permukaan kulit)
- Kulit di sekitar kaki dan betis kering, gatal, sakit dan kemerah-merahan
Tanda-tanda stasis eczema:
Selain daripada tanda-tanda di atas, pesakit juga boleh mengalami:
- Kulit di bahagian kaki yang terlibat menjadi keras dan menggerutu selepas jangkamasa yang panjang
- Perubahan warna kulit di kawasan kaki yang terlibat, samaada kehitaman atau putih
Pesakit yang menghidapi penyakit stasis eczema boleh mendapat alahan kepada ubat-ubatan yang disapu. Ini dipanggil contact dermatitis.
Jika kawasan yang terlibat dengan eczema digaru, jangkitan kuman boleh berlaku. Kaki akan semakin membengkak dan merah, dan jangkitan ini dipanggil selulitis.
Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini
Siapakah berisiko menghidapi penyakit stasis eczema?
Bagaimana untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit stasis eczema?
Apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit untuk mengurangkan gejala-gejala penyakit stasis eczema?