Does Your Medicine Safe?

Pengambilan ubat-ubatan sama ada moden atau tradisional serta produk suplemen kesihatan bukanlah perkara luar biasa. Ramai daripada kita mengambil ubat-ubatan preskripsi untuk menangani masalah kesihatan ataupun mengambil produk suplemen kesihatan sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Tapi pernahkah kita terfikir akan keselamatan produk-produk tersebut?

Kadangkala kita terbaca berita mengenai ubat-ubatan atau produk kesihatan yang mendatangkan kesan buruk kepada pengguna. Tapi mengapakah perkara ini berlaku? Tidakkah pihak berkuasa mengawasi perkara tersebut? Siapakah yang bertanggungjawab ke atas keselamatan ubat-ubatan dan suplemen kesihatan yang berada di pasaran?

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai BPFK adalah agensi regulatori kerajaan di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semua ubat-ubatan serta produk suplemen kesihatan perlu berdaftar dengan KKM sebelum ianya dipasarkan. Produk kosmetik pula perlu dinotifikasi sebelum ia dipasarkan. BPFK bertanggungjawab dalam memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan, suplemen kesihatan serta kualiti dan keselamatan produk kosmetik yang berada di pasaran.

BPFK terdiri daripada enam buah pusat yang menjalankan pelbagai tugas spesifik bagi memastikan ubat-ubatan serta produk supplemen kesihatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan untuk digunakan. Pusat-pusat berikut adalah :-

Selain daripada aktiviti kawalselia yang dijalankan oleh BPFK, pengguna juga bertanggungjawab memastikan produk yang digunakan selamat dengan memastikan produk yang digunakan adalah berdaftar dengan KKM. Produk-produk berdaftar perlu dilabel dengan nombor pendaftaran unik yang bermula dengan MAL dan diikuti dengan lapan nombor siri dan diakhiri dengan satu huruf. Setiap huruf merujuk kepada klasifikasi produk tersebut.

  • A: Preskripsi
  • X: Bukan preskripsi (“over the counter” products)
  • T: Tradisional

Selain nombor pendaftaran produk, pengguna juga boleh memastikan ketulenan produk dengan melihat pada hologram Meditag pada label di luar kotak produk. Hologram Meditag adalah satu pelekat bersinar yang berwarna perak yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.  Contoh hologram Meditag adalah seperti berikut :

Bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan label hologram Meditag yang terdapat pada kotak ubat, KKM  telah  membekalkan  sejenis alat yang dinamakan dekoder Meditag.  Alat ini telah dibekalkan kepada semua premis farmasi berlesen dan pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri.

KKM menitikberatkan keselamatan para pengguna. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan pendaftaran ubat-ubatan, suplemen-kesihatan mahupun produk kosmetik, para pengguna boleh menghubungi pegawai Helpdesk BPFK di talian 03-7883 5560 atau 03-7883 5561. Waktu panggilan adalah daripada 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, orang awam juga boleh mendapatkan informasi di laman web rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my serta laman Facebook kami; Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Kami sedia membantu anda.