Pencarian DUTA Kenali Ubat Anda

 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Program Duta Kenali Ubat Anda yang merupakan salah satu program community empowerment. Program ini bertujuan menggalakkan wakil masyarakat yang berpengaruh menceburkan diri secara aktif dalam menyampaikan maklumat asas berkaitan ubat-ubatan kepada masyarakat. Program ini menggunakan kaedah pengaruh rakan sebaya (peer education) dalam menyalurkan informasi secara lebih berkesan kepada masyarakat setempat.

 

Setiap Duta Kenali Ubat Anda akan menjalani latihan sebelum bergerak aktif dalam menyampaikan maklumat asas berkaitan ubat-ubatan kepada masyarakat. Pihak Farmasi akan membimbing Duta Kenali Ubat Anda.

 

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Duta Kenali Ubat Anda boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Negeri di negeri masing-masing (direktori Pegawai Perhubungan Negeri).