Penerbitan

Title: Semulajadi Tidak Semestinya Selamat
Date: 
06 May 2015

Yakinkah anda bahawa bahan semulajadi adalah selamat dan tidak akan memberi kesan kepada kesihatan? Ketahuilah bahawa sesetengah bahan semulajadi boleh menyebabkan kesan alergi atau lebih teruk lagi, boleh meningkatkan risiko pendarahan.

Sekiranya anda mengambil ubat suplemen kesihatan atau tradisional :
1. Pastikan produk tersebut adalah berdaftar dengan KKM.
2. Jangan ambil melebihi dos yang telah ditetapkan.
3. Maklumkan doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mengambil ubat-ubatan yang lain.