Penerbitan

Title: Produk Ini Ubat Ke Makanan?
Date: 
01 Nov 2016

Sebagai pengguna, tuan-tuan dan puan-puan harus tahu semua ubat perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini termasuklah bagi produk dalam bentuk dosej farmaseutikal seperti kapsul atau tablet. Selain itu, produk yang membuat tuntutan perubatan dan juga produk yang mengandungi bahan yang boleh memberi kesan terapeutik juga perlu berdaftar. Perkara ini penting kerana ubat ada dos tertentu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan kesan sampingan kepada pengguna.

Kalau produk-produk lain macam air kopi, gula-gula atau minyak masak, tak perlulah berdaftar dengan KKM. Tapi, anda perlu hati-hati dengan produk makanan yang mempunyai tuntutan kesihatan melampau. Jadilah pengguna yang bijak.