Penerbitan

Title: Polifarmasi
Date: 
03 Sep 2015

Apabila sakit, kita ke klinik ABC untuk mendapatkan rawatan dan ambil ubat. Apabila tak beransur pulih, kita pergi pula ke klinik XYZ, ambil ubat lagi dari tempat yang lain pula. Macam situasi yang biasa kita dengar kan?

Cuba semak semula ubat tersebut, adakah sebenarnya kita mendapat ubat yang sama? Mungkin nama jenama je yang berbeza, tapi bahan aktifnya sama. Serupalah macam kita makan ubat yang sama tapi dosnya berganda, betul tak?

Jadi, kenal pasti risiko anda, elakkan kesan buruk polifarmasi.