Penerbitan

Title: Pendidikan Awal Untuk Kanak-kanak Berkenaan Ubat
Date: 
16 Feb 2016

Ibu bapa prihatin sentiasa menitik beratkan keselamatan anak-anak dalam segala hal. Malangnya isu berkaitan keselamatan pengambilan ubat-ubatan jarang diketengahkan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan berkenaan ubat-ubatan boleh dimulakan seawal usia bayi 1 tahun lagi. Ajar mereka bagaimana untuk menggunakan ubat dengan selamat dan betul.

Bagaimana untuk mulakan? Haa… cadangan langkah pendidikan awal berkenaan ubat-ubatan adalah seperti gambar dibawah. Kenali Ubat Anda. Kesihatan Kunci Kesejahteraan