Penerbitan

Title: Maklumkan Sekiranya Anda....
Date: 
27 Oct 2015

Setiap individu adalah unik kan? Sedangkan baju pun terdapat dalam pelbagai saiz untuk memenuhi keperluan setiap individu, begitu juga dengan ubat-ubatan. Haruslah diberikan ubat yang betul pada dos yang tepat bersesuaian dengan keadaan yang dialami oleh individu tersebut.

Banyak kriteria yang perlu diambil kira sebelum doktor mempreskripsikan sebarang ubat kepada kita. Jadi, apa peranan kita sebagai pengguna ubat? Maklumkan pada doktor atau ahli farmasi sekiranya kita dalam situasi seperti dalam gambar ini. Bukan sahaja boleh memastikan kita mendapat ubat yang tepat, malahan juga dapat mengelakkan daripada kesan sampingan yang tidak diingini.