Penerbitan

Title: Kesan Advers Ubat
Date: 
26 Nov 2015

“Saya dah ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor dan ahli farmasi, tapi mengapakah saya mengalami kesan yang aneh sebegini?”

Haaa, anda pernah mengalami keadaan ini? Anda mungkin mengalami kesan advers ubat.

Apa yang perlu anda lakukan? Hentikan pengambilan ubat tersebut dan segera dapatkan nasihat doktor. Bawa bersama-sama ubat yang diambil agar doktor dapat mengenal pasti ubat yang menyebabkan kesan tersebut. Sekiranya perlu, doktor mungkin boleh mengesyorkan alternatif lain yang lebih selamat untuk anda.