Penerbitan

Title: Kenali Ubat Sedut (Inhaler)
Date: 
21 Dec 2016

Jika terkena serangan asma, cepat-cepat ambil ubat pelega. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan yang sempit dan memudahkan kita bernafas dengan lebih baik. Ubat pencegah pula perlu diambil setiap hari supaya penyakit asma yang dialami adalah terkawal.

Perlu ambil ubat sedut tapi tak tahu yang mana satu? Jumpa doktor dulu untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian. Tak pasti cara gunakan ubat sedut? Ahli farmasi akan terangkan cara penggunaan yang betul.