Penerbitan

Title: Jom Kenal Kuman & Ubatnya
Date: 
20 Sep 2016

Oh tidak, ini bukan cerita tentang Pokemon Go. Kali ini, mari kita kenali jenis-jenis kuman atau mikrobial supaya kita tahu jenis ubat yang boleh digunakan untuk melawan jangkitan tersebut.

Kumpulan ubat-ubatan bagi melawan jangkitan adalah spesifik kepada jenis kuman tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami jangkitan kulat, anda perlu mengambil ubat antikulat dan bukannya antibiotik.

Doktor beri ubat pada pesakit ada sebabnya, bukan suka-suka tau. Kalau nak cepat sihat, perlu ikut arahan doktor ye!