Penerbitan

Title: Fungsi Bahan Dalam Ubat
Date: 
21 Jul 2016

Kalau kita nak buat kek, mestilah ada tepung, mentega, gula, telur, esen vanila dan bahan-bahan lain kan?

Sama juga dengan ubat. Dalam ubat mesti ada bahan aktif dan eksipien. Bahan aktif merupakan bahan utama dalam ubat. Manakala bahan eksipien membantu mengekalkan formulasi ubat yang stabil serta memastikan ubat berkesan. Contoh eksipien adalah seperti binder, bahan pengawet, bahan penyadur, bahan pewarna, filler, bahan perisa dan pengecai (disintegrant).