Penerbitan

Title: Akta Jualan Dadah 1952
Date: 
22 Feb 2017

Penggunaan ubat yang tidak berdaftar bukan sahaja boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, bahkan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana perkara ini adalah termaktub dalam Akta Jualan Dadah 1952.

Kalau masuk hospital, kami boleh bantu untuk merawat anda. Kalau dikenakan denda, mungkin boleh pinjam duit kawan atau saudara. Tapi, kalau masuk penjara, mungkin perlu difikir sendiri.

Ingat, pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna yang bijak, gunalah ubat berdaftar.