Penerbitan

Title: 6 Ciri-Ciri Produk Kosmetik Yang Selamat
Date: 
05 Jan 2017

Produk kosmetik merupakan produk yang kita gunakan untuk bahagian luar badan saja, contohnya yang disapu pada kulit, rambut atau muka. Produk seperti pencuci muka, syampu, gincu atau bedak dikategorikan sebagai kosmetik. Tujuan utama kosmetik adalah memelihara, membersih atau mewangikan bahagian badan tertentu.

Penting untuk anda bezakan produk yang dikatakan sebagai ‘kosmetik’ .

*Suntikan vitamin C di muka atau ubat titis yang dimasukkan ke dalam mata, itu semua BUKAN produk kosmetik. Tiada perubahan kekal dengan penggunaan produk kosmetik.

*P/S : Tiada produk kosmetik dalam bentuk suntikan yang diluluskan atau didaftar oleh KKM. Produk yang dititiskan ke dalam mata perlu didaftarkan sebagai ubat, jadi perlu ada nombor MAL.

Baca tuntutan kosmetik anda betul-betul, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis ye! Jadilah pengguna yang bijak.